Tragedi tanah runtuh: 4 lagi mayat ditemukan, korban kini 30 orang

Faktadelik.Com, Batang Kali – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Gohtong Jaya dekat Batang Kali yang memasuki hari ketujuh hari ini menemukan empat lagi mayat pagi tadi.

Penemuan terbaru setakat 11.50 pagi itu menjadikan jumlah korban tragedi kini seramai 30 orang.

Penemuan empat mayat berkenaan – yang masih belum didedahkan jantina serta umur – itu disahkan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah kepada Bernama.

Terdahulu, operasi pencarian bersambung semula pada kira-kira jam 8 pagi tadi selepas ditangguhkan pada pukul 10 malam semalam.

Setakat ini, tiga mangsa masih hilang manakala 61 terselamat daripada keseluruhan 94 mangsa yang dilaporkan terlibat.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, daripada keseluruhan mangsa terlibat, 29 adalah kanak-kanak dan 65 dewasa.

Laporan : Noor Suriati

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *